Friday 26 December 2014

Tazkirah Jumaat ~26 Disember 2014~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dikongsikan sedikit antara kata-kata hikmat HAMKA

  1. Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh.
  2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  3. Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana.
  4. Orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada.
  5. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  6. Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula.
  7. Biarpun 1000 kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam.
Bertemu lagi di coretan akan datang.

Ros

Sunday 30 November 2014

HB RENDAH SEMASA HAMIL?? ATASI DENGAN VITALEA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hampir seminggu aku tak update blog. Sebenarnya mak mertua aku ada kat umah aku dah hampir seminggu. Sebab tu la aku lama tak update blog, segan la kat mak mertua aku. Walaupun dia tak kisah pun sebenarnya.

Kalau la 'bonda SHAKLEE' aku tau aku skip update blog, tentu dia marah nanti. Hehe sorry bonda ye. Bukan sengaja skip.

Hari ni nak share sikit tntg masalah HB rendah semasa tempoh kehamilan. Opss..bukan bermakna aku sedang pregnant ye.

Actually masa aku pregnant dulu, aku tidak berkesempatan mengenali SHAKLEE. Aku mengenali SHAKLEE selepas aku bersalin dan time tu aku dah pun nak start keje dan still breastfeed Siti. Itu pun aku tau dari kawan baik aku.

Aku masa pregnant dulu mmg selalu HB bawah 9. Kadang2 tu mmg tak larat nak dengar bebelan nurse. Tapi nak buat cmna, hadap je la..hehe..Bila dia tanya makan tak ubat yang dibekalkan, aku ckp aku mkn tapi ntah nak buat cmna, tetap tak naik kan..Tapi maybe sebab aku masa tu tak tau lagi yang aku ni pembawa Thalassemia, so pasrah je la kalau dah HB aku tak mau naik.

Aku rasa kebanyakan wanita kat luar sana pun mengalami masalah yang sama kan. Tapi ramai antara kita kurang tahu camna nak kekalkan paras HB yang baik semasa mengandung.

APA ITU ANEMIA (HB RENDAH)?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Semasa mengandung, kita memerlukan zat besi. Zat besi ni penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi ni boleh diperoleh daripada makanan atau supplement. So walaupun kita makan dengan baik, tak semestinya HB kita ok sebab kalau anda makan makanan yang kurang atau tanpa mengandungi zat besi, memang rendah la HB korang.


sumber Google
paras HB ~sumber Google~
KESAN HB RENDAH KEPADA IBU

Antaranya:

Ibu mudah pitam/ pengsan
Meningkatkan risiko mengalami keguguran
Mengalami kegagalan jantung
Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
Risiko mengalami penyakit berjangkit

KESAN HB RENDAH KEPADA ANAK

Antaranya:

Meninggal semasa lahir
Pertumbuhan janin terbantut
Lahir sebagai bayi pramatang
Berat bayi yang lahir kurang 2.5 kg
Anak lemas semasa lahir

CARA ATASI MASALAH HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

1. Amalkan pemakanan yang tinggi zat besi

Boleh amalkan makanan yang boleh tambah darah. Contohnya bayam, kekerang (tapi jangan banyak, sebab benda bercengkerang ni selalu banyak toksik), hati dan juga soya.

sumber Google
2. Amalkan pengambilan suplemen mengandungi zat besi


Contohnya Vitalea. Sebab apa perlu ambil suplemen? Sebab jika bergantung kepada pemakanan sahaja mungkin tidak mencukupi. Maksudnya makanan dalam kuantiti yang besar diperlukan untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian. Biasanya doktor akan bagi juga bekalan ubat zat besi ni tiap kali cek up kan? So kalau ibu2 dah amik Vitalea, just let doctor know. Selalunya doktor tahu kebaikan Vitalea ni dan ianya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Vitalea adalah multivitamin dan mineral mengandungi 30 nutrisi harian yang lengkap. Ia diekstrak daripada sayuran dan buah, mengandungi 12 vitamin dan mineral penting termasuk zat besi. Zat besi berfungsi membentuk hemoglobin, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan diperlukan oleh pesakit anemia.

Vitalea ni seeloknya diambil bersama-sama denga B Complex untuk memenuhi keperluan ibu mengandung. Pengambilan kedua-duanya mencukupkan keperluan asid folik oleh ibu Jadi, para ibu tak perlu ambil Obimin dan Iberet lagi.


sumber Google
Harga RM88.75 (Retail Price)
sumber Google

sumber Google
B Complex
Harga RM53.75 (Retail Price)
So, kalau ada yang berminat untuk dapatkan Vitalea dan B Complex ni, just call Ros di talian 017-4792854. Inshaallah Ros akan guide korang makan ye. Harga pun korang akan dapat special price tau.

Salam sayang buat semua

Rosmiyawati Anwar
880781
017-4792854

~pilihan yang terbaik terletak pada kita~

Friday 21 November 2014

TAZKIRAH RINGKAS DI PAGI JUMAAT

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua sahabat.

Dikongsikan 6 tips mudah
untuk mendapatkan ketenangan
hati. Semoga bermanfaat buat semua:

1. Jangan bergantung terhadap
orang lain, bersikaplah mandiri
dan percaya akan kemampuan
yang kita miliki.

2. Jangan berburuk sangka,
berfikirlah positif akan membawa
pada suatu yang bermanfaat.

3. Jangan mengingat penyesalan
di masa lalu, hidup itu mudah,
jadikan masa lalu menjadi sebuah
pelajaran untuk menjadi yang
lebih baik.

4. Jangan pernah menyimpan
dendam di hati, dendam itu di
ibaratkan sebagai racun dalam
hati kita, jauhinya.

5. Jauhi sifat terburu-buru, aset
dalam kehidupan bukan harta
tapi waktu, maka pergunakan
waktu dengan baik.

6. Jangan khuatir dengan hari
esok, ketuklah pintu dan pintu
pun akan terbuka, ingatlah ALLAH,
ALLAH pun akan ingat pada kita.

Salam Sayang buat semua.
Rosmiyawati Anwar
^_^

Wednesday 19 November 2014

APA ITU OMEGA 3? PENTINGKAH IA KEPADA KESIHATAN?

Assalamualaikum dan Salam Sayang.

Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan untuk terus berkongsi tentang sedikit perkongsian yang diperoleh bersama-sama dengan kwn2 semua.


~imej from Google~
Hmm agak2 korang la kan, apa hubung kait gambar yang kat atas tu ye dengan cerita yang nak Ros share hari ni. Korang tahu kan ikan ape yang si beruang tu makan..

Untuk pengetahuan bersama, the best source of Omega 3 fatty acids DHA dan EPA ni adalah ikan. Antara ikan yang top choices ni adalah salmon, mackerel, herring, sardin, ikan bilis dan tuna. Mengikut recommendation American Heart Association, at least two servings a week of fish.
~imej from Google~
Ikan sumber Omega 3 yang utama

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh sebab itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Pernah tak ibu-ibu lihat label pada kotak/tin susu anak2 yang di beli kat pasaran? Perasan kan singkatan EPA dan DHA tu..Hehe..sebenarnya Ros pun baru je perasan sejak dua menjak ni. Hmm baik korang p tengok cepat label kat kotak/tin susu anak2, ada tak singkatan EPA atau DHA tu...So now terjawablah persoalan kita kan bahawa susu yang kita beli untuk anak kita tu mengandungi tambahan Omega 3.

Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari. Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Cuba korang tengok antara Health Benefits of Omega 3. Banyakkan...

~imej from Google~
Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan.
Sumber: http://www.omega3md.com/faqs.html

~imej from Google~
Kebaikan utama Omega 3
Sumber: http://www.fusionbodybuilding.com/omegaoil/science
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu mereka.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Banyak sangat kebaikan Omega 3 ni kan. Kalau korang nak tahu details, kena la cari sendiri. Yang mana Ros share ni mungkin ada yang pernah baca dan mungkin jugak baru first time baca. Bagi yang dah pernah baca, just sebagai reminder. Tapi bagi yang first time baca, hopefully dapat manfaat.

Oleh kerana Omega 3 ni sangat penting, korang semua kena la ambil Omega 3 ni setiap hari. Ni Omega 3 yang menjadi pilihan hati...

.
.
.
.
.
Omega Guard Buy 6 Free 1
So bagi yang tak lalu nak hadap ikan setiap hari, meh la try Omega Guard from Shaklee ni. Memang terbaik lah. Tambahan pula bulan November ni promosi Omega Guard Buy 6 Free 1. So boleh la share dengan kawan2.

Ok, sekian dulu perkongsian dari Ros. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.

Rosmiyawati Anwar
017-4792854
SID: 880781


Monday 17 November 2014

SIKAP INDIVIDU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Hari ni nak cerita sikit tentang sikap. Apa itu sikap? Sikap itu Tabiat. Setuju tak?
Setiap orang di muka bumi Allah ni mempunyai tabiat masing-masing. Tabiat itu lah yang menentukan ciri-ciri keunikan seseorang. Mengikut pengertian yang diberi oleh Kamus Dewan Online, tabiat tu adalah ~ Sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti atau watak. Tabiat juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan atau tingkah laku.~

Ok, sebenarnya apa relevan topik kat atas dengan cerita yang Ros nak kongsikan ye?

Korang pernah tak terserempak dengan orang yang suka meludah di merata-rata tempat? Pastu jenis yang tak berapa nak sensitif dengan orang sekeliling lak tu. Ape perasaan korang time nmpk dia buat kelaku camtu? Hmm agak2 mcm nak tegur tapi nanti dimarahi pulak kan.

Actually Ros agak kurang setuju dengan sikap mereka tu. Ye la, at least hormat dengan keadaan persekitaran atau orang yang ada berhampiran mereka. Bayangkan kalau yang buat tu orang lain, ape perasaan kita? Tentunya rasa geli dan rasa nak marah kan.

Macam kisah Ros pagi tadi, ada sorang mamat ni, tengah2 Ros jalan belakang dia tiba2 dia berhenti dan meludah. Meludah lak tu di tepi pintu nak masuk lif. Ya Allah time tu Ros rasa mcm agak kurang bersopan mamat ni. Cumanya Ros tak la marah kat dia. Ros terfikir satu je, ini mmg dah menjadi tabiat kot. So bila dah menjadi tabiat, perkara tu jadi normal bagi seseorang.

Apabila sesuatu sikap itu sudah menjadi tabiat kita, maka ia akan melekat dalam diri kita sehinggalah ia mungkin akan menjadi identiti diri kita sendiri. Misalnya tabiat suka berbohong, tidak jujur, tidak amanah, keras kepala dan merasakan diri sentiasa betul serta lain-lain sikap yang negatif. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu mempunyai sikap yang jujur, amanah, sentiasa berfikiran positif dan lain-lain sikap positif yang lain, ia akan menentukan kejayaan seseorang individu tersebut.

Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk mengubah tabiat yang negatif kepada tabiat yang positif demi agama kita. Kerana telah kita lihat kehancuran tamadun Islam itu bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat.  Dan kejayaan tamadun Islam itu juga bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat juga. Tidak salah mempunyai sikap yang negatif, kerana manusia memang dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi jangan biarkan ia melekat dalam diri kita dalam bentuk tabiat sehingga menjadi identiti diri kita. Bahkan, jangan biarkan tabiat itu menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan.

Semoga kita sama-sama dibantu dan dipermudahkan-Nya dalam urusan untuk menjadikan sikap yang positif sebagai tabiat kita. Aamiin~

So, let's start your Monday morning with smile.

Salam Sayang
Salam Ukhuwah
Ros

Saturday 15 November 2014

STRESS ~ ATASI DENGAN DENGAN BIJAK DAN BCOMPLEX

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua,

Anda stress? Pasti ada yang jawab 'ya' kan. Siapa sahaja antara kita, pasti pernah menghadapi situasi stress sama ada di tempat kerja atau di rumah.


Namun pernahkah antara kita tahu bagaimana cara untuk menangani stress? Mengurus stress adalah kemahiran yang penting dalam kehidupan kita. Sekiranya stress tidak diurus dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh kita dan akan memudaratkan kesihatan kita. Di samping itu, produktiviti kita di tempat kerja turut menurun dan kehidupan rumah tangga juga terganggu.

Tak percaya? Cuba lihat gambar di bawah kesan daripada kegagalan seseorang mengurus stress.

Kesan kepada tubuh badan kita akibat kegagalan mengurus stress

~imej from Google~
~imej from Google~
Ok, sekarang jom baca antara tips untuk menangani stress dengan bijak.
  1. Solat dan zikir - Akan mendekatkan kita pada Allah
  2. Terapi Al-Quran
  3. Aroma Lavender - Tahu atau tidak, selain dari baunya yang harum, lavender juga mempunyai banyak manfaat lain. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.
  4. Berehat atau relax seketika - Hanya 1 minit senaman ringkas seperti berlari setempat juga mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar.
  5. Lakukan senaman
  6. Menerima hakikat kemampuan diri - Sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha yang terbaik. Namun adakalanya kita gagal melakukannya dengan sempurna dan ini akan membuatkan kita stress. Maka, jangkaan pada diri sendiri dan terhadap orang lain harus realistik kerana tiada yang sempurna melainkan Allah.
  7. Kemaskan persekitaran (sama ada di rumah atau tempat kerja)
  8. Kurangkan keadaan tergesa-gesa
  9. Bersabar
  10. Terapi muzik
  11. Lepaskan bebanan Jangan salah sangka tau! Normal bagi wanita ungtuk menangis jika terlalu tertekan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. Jadi wanita sekalian, jangan lagi tahan air mata anda. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat.
~imej from Google~
Selain dari tips di atas, anda juga memerlukan vitamin B-Complex. Hmm bagaimana ye vitamin b-complex ini boleh membantu?

  • Vitamin B1~Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pra-matang.
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  • Vitamin B9~Bersama-sama dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan.
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi, tidak tenteram.
B-Complex pilihan saya
.
.
.
.
.
.

Yang sebenarnya stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi perlu ditangani dan diurus dengan cara bijak dan betul. Jadi, ubahlah fikiran dan kawal stress. Jadikan ia cabaran untuk memperbaiki diri menjadi lebih positif.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda semua.

Salam ukhuwah dari Ros

Rosmiyawati Anwar Shaklee Independent Distributor
[ID No : 880781]
017-4792854| rosmiyawati@gmail.com

Wednesday 12 November 2014

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a.

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Sedikit dikongsikan untuk renungan bersama.

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Salam sayang buat semua

Ros
^_^

Monday 10 November 2014

Kawan, Sahabat ~ Kehadiran mereka membahagiakan. Hargai mereka selagi ada. ~

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua.

Sahabat? Kawan? Samakah ertinya? Sefaham kita, ada sedikit perbezaan antara sahabat dan kawan. Pelbagai tafsiran oleh seseorang tentang makna sahabat dan kawan. Apapun tafsiran korang tentang sahabat dan kawan tu tak kisah la. Janji kita mempunyai mereka dalam kehidupan kita.

Bagi aku, kawan senang dicari dan bilangannya ramai. Namun sahabat, sukar ditemui dan kalau dah jumpa tu, dia memang istimewa. Kehadiran mereka dalam kehidupan aku cukup membuatkan aku bahagia. Terima kasih semua kawan-kawan yang hadir dalam kehidupan Ros selama ini. Sayang korang ketat2. Hehe...

Hmm tetiba bercerita tntg persahabatan ni nape ye? Sebenarnya tak de hari ape yang istimewa cuma tetiba terdetik untuk menulis tentang ni. Ramai kan kwn2 kita sejak dari tadika sehingga kita bekerja. Ada bermacam ragam dan perangai kawan2 kita ni. Walau apapun kita perlu menerima kebaikan dan keburukan mereka kerana menerima seadanya siapa pun mereka penting untuk mengekalkan hubungan persahabatan.

Bagi aku, siapa pun mereka aku terima. Kerana aku juga tidak begitu sempurna untuk menjadi kawan mereka. Aku sayang akan setiap persahabatan yang terjalin. Tambahan pula sekarang ni, banyak cara untuk menghubungi semula rakan2 yang sudah terpisah lama. Melalui facebook, whatsapp dan macam2 lagi.

Ikutkan whatsapp aku, banyak sangat group yang terdiri dari kawan2 sekolah rendah hingga aku bekerja sekarang. Seronok sangat boleh jumpa kawan2 lama walaupun adakalanya muka pun masing2 dah berubah dan ambik masa nk recall balik. Tapi aku ni jenis yang tak banyak sangat perubahan, ye la kwn2 sekolah rendah dan menengah kebanyakannya cam je aku. Alhamdulillah mereka masih ingat kat aku...tapi mungkin sebab kenakalan aku jugak kot masa sekolah dulu. Hehe...

Ni list sekolah yang pernah aku attend. Start from tadika hingga sekolah menengah.
  1. Tadika Kemas - Kampung Ulu Kenderung, Grik, Perak
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Mahkota Sari - Grik, Perak (Darjah 1 - 6)
  3. Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya) - Padang Lumat, Gurun, Kedah (Form 1 - Form 3)
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lela Pahlawan - Padang Serai, Kedah (Form 4 - Form 5)
Tapi masa tadika kemas tu, may be aku tak ingat kot sape kwn2 aku. Ye la..kecik lagi time tu. Kalau ingat pun may be sekolah rendah sama ngan aku. Hehe...Masa aku Form 1 - Form 3, aku duk kat asrama. Memang pada mulanya kurang best sbb aku ni tak biasa duk asrama. Mulanya 'homesick' tapi lama2 bila dah jumpa kwn2, rasa cam best lak. Tu la kita kalau dh kenal ngn kawan, benda yang tak syok pun jadi syok...

Korang pernah gaduh tak ngan kawan2 sekolah? Baik sekolah rendah mahupun menengah. Hehe..baik ngaku cepat..Aku? Of course pernah gaduh. Kadang2 sampai 3 hari tak bertegur sapa. Hmm pelik kan..Walhal bukan sebab apa pun..sikit2 je..Tapi aku tak pernah la gaduh sebab berebut boyfriend ye. Aku mana la ada orang nak, muka masa sekolah rendah comot je. Sekolah menengah lak dah masuk pun lmbt, so semua lelaki dah ada pasangannya. Haha...Gaduh ngan kawan2 ni benda biasa la kan. Tak la sampai nak maki hamun atau bertumbuk. Just tak tegur je. Tapi seingat aku, masa aku sekolah Form 1 - Form 3 aku tak pernah la gaduh, sebab aku rasa diorang ni dah mcm adik beradik je. So kalau nak gaduh pun tak boleh lama, sbb kalau aku gaduh ngan diorang, sape yang aku nk kawan. Hehe...Masa aku Form 4 - Form 5, aku berulang je dari umah aku. Ye la sekolah dekat je. P sekolah pun jalan kaki ngan kawan aku dkt umah, Zura dan Yana. Kadang2 aku p ngan Zura je sbb Yana selalu p awai. Kalau hujan lak, abah aku atau abah Zura akan hntr kami. Dah mmg cam adik beradik lak kami tiga orang.

Alhamdulillah sehingga sekarang, kami masih berhubung antara satu sama lain. Walaupun kami ni tak selalu jumpa, tapi masih lagi berhubung. Inshaallah semoga Allah kekalkan hubungan persahabatan antara kami hingga hujung nyawa.

Eh..mana2 kawan2 aku yang baca post ni, aku mintak maaf la ye kalau ada yang terasa aku tak mention nama korang. Bukan sbb aku lupa atau tak sayang kat korang tapi aku lebih banyak menghabiskan masa dengan mereka berdua. Sama ada masa aku kat sekolah menengah, masa kat U, masa nak kahwin atau masa diorang kahwin kami selalu bersama. Tapi masa kat U je kami terpisah kejap, ye la Yana kat UPM, Zura kat UMS dan aku kat UKM.

Untuk semua kawan2 aku yang aku tak mention nama kat sini, aku nk korang tahu satu benda je, yang aku mmg sayang korang sampai bila2. Korang tetap berkawan lagi ngan aku walaupun aku kadang2 pernah gak buat hal ngan korang ye. Terimalah aku seadanya kerana aku bukanlah sempurna. Terima kasih kerana korang hadir dalam hidup aku selama ini. Bagi yang baru nak berkawan dengan aku, terima kasih diucapkan.


Sedih untuk aku kongsikan kisah sedih aku yang mana aku telah kehilangan seorang sahabat masa kat UKM. Kehilangan dia tak dikhabarkan kepadaku. Al-fatihah buat sahabat aku yang aku panggil Yana Sarawak. Dia orang yang pertama aku jumpa masa kat UKM. Aku satu bilik ngan arwah dan sorang lagi kwn, Ila namanya. Kami berlainan bidang. Aku tahu arwah meninggal masa aku nak balik kampung. Arwah keje kat Universiti Teknologi Petronas dan aku ternampak signboard Universiti Teknologi Petronas masa on d way nak blik kampung. Tetiba aku msg dia untuk bertanya khabar. Sebenarnya silap aku jugak, lama tak msg dia tanya khabar. Aku msg dia untuk jemput dia ke majlis perkahwinan aku. Namun msg sepi tidak berbalas. Aku assume, dia dah tido..ye la sbbnya time tu dah menghampiri kul 1 pagi. Esoknya pagi2 aku dapat satu msg dari nombor arwah. Family arwah jawab soalan aku. Dia gtau yang arwah dah seminggu tak de. Time aku terima sms tu, sebak rasa dada ni. Adakah ini satu gurauan atau betul? Aku kol dan mmg betul, arwah dah tak de. Time arwah pergi, family dia tak sempat nak inform sesiapa melainkan majikan tempat arwah bekerja, iaitu UTP. Kebanyakan rakan2 universiti tak tahu tentang pemergian arwah. Cukup untuk aku katakan di sini, arwah memang seorang yang baik hati. Perwatakan dia yang lemah lembut tu selalu terbayang2 di ruang mata aku sehingga kini. Semoga engkau tenang di sana sahabatku.

Pengajaran dari kisah sedih aku, jangan langsung tak menghubungi kwn2 kita. Kalau boleh seminggu sekali atau sebulan sekali tu, tanya lah khabar kwn2 korang sama ada kat Facebook atau whatsapp. Bila diorang dah tak de, korang akan rasa kehilangan walaupun kita tak rapat mana dengan mereka. Kerana kehadiran mereka perlu dihargai dan kehilangan mereka amat dirasai.

Imej from Google
Salam sayang buat semua.
 
Hargai sahabat anda sekarang.
 
Ros
^-^

Saturday 8 November 2014

PENYAKIT GOUT - TANDA, RAWATAN DAN PENCEGAHANNYA

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.

Apa itu gout?
Imej from google
Gout adalah sejenis penyakit akibat asid urik berlebihan di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Imej from Google

Imej from Google
Bagaimana serangan gout berlaku?

Gout berlaku akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Kristal yang mendap ini lama-kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi yang teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain. Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah.

Jenis-jenis gout

Boleh dibahagikan kepada empat peringkat.
  1. Asimptomatik (tiada simptom).
  2. Akut - simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba, biasanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
  3. Interkritikal.
  4. Kronik - serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Mungkin ada juga yang menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Tanda-tanda gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan amat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Siapa yang berisiko mendapat gout?
Imej from Google
  1. Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90%.
  2. Individu yang banyak minum minuman keras.
  3. Individu yang mempunyai berat badan melebihi 66kg daripada berat badan normal.
  4. Individu yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetis dan paras lemak dan kolesterol yang tinggi.
  5. Genetik keluarga yang mempunyai masalah gout.
  6. Gout biasanya menyerang pesakit tua namun kini banyak kes membabitkan individu berumur 30-50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakkannya menghidap gout selepas putus haid.
Pemakanan pesakit gout

Elakkan makan
  • Organ dalaman - paru, hati, ginjal, otak dll
  • Ikan bilis, ikan kembung dan ikan sardin
  • Daging cincang
  • Makanan bercengkerang spt ketam, kerang
Kurangkan makan
  • Asparagus, bayam, cendawan dan bunga kobis
  • Poultry
  • Kekacang (peanuts, beans and peas)
  • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan untuk pesakit gout (supplement cadangan dari Shaklee)


Set Cadangan Untuk Masalah Gout
Alfalfa Shaklee - membantu sebagai agen detoks secara semula jadi untuk menyingkirkan toksik dari badan kita.

Omega Guard Shaklee - mengandungi Omega 6 dapat membantu mengurangkan keradangan yang terjadi di kawasan sendi.


Harga untuk set ini hanyalah RM 189.75.

Hubungi Ros segera untuk mendapatkan harga istimewa
Shaklee Independent Distributor 880781
017-4792854

Designed by UMIESUEstudio 2014