Showing posts with label tazkirah ringkas. Show all posts
Showing posts with label tazkirah ringkas. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a.

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Sedikit dikongsikan untuk renungan bersama.

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Salam sayang buat semua

Ros
^_^

Friday, 7 November 2014

Tazkirah Jumaat ~Perlunya sifat sabar ketika keadaan marah~

Assalamualaikum

Dikongsikan untuk manfaat bersama.

Di riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Larangan jangan marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah.

Firman Allah S.W.T: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran ayat 134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat.
Panduan ini dinyatakan di dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf ayat 200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda:
"Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.:
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah,
Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

·        Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu.

·        Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang yang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya seksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala, sedangkan ia tidak memilik apa-apa selain isi rumahnya sahaja.

·        Apabila Allah Ta'ala telah menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Mana dia ahli Fadhl iaitu orang-orang yang mempunyai kelebihan. Maka berdirilah orang-orang yang sedikit jumlahnya dan dengan segera menuju ke syurga. Para malaikat menemui mereka dan berkata: Kami lihat kamu ke syurga dengan segera. Mereka berkata: Kami adalah ahli Fadhl. Para malaikat bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Dahulu apabila kami dianiayai kami bersabar. Apabila disakiti kami memaafkan orang yang menyakiti kami. Apabila kami diperbodohkan oleh orang jahil, kami bersikap hilm iaitu tidak marah kepadanya. Para malaikat pun berkata: Masuklah kamu ke dalam syurga dan ianya sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal kebajikan.

Pesanan ini telah dikongsikan oleh sahabat saya dan saya kongsikan sekali lagi untuk renungan bersama sahabat alam maya saya.

Semoga kita sama-sama manfaatkan ilmu ini.

^_^

Salam Sayang buat semua.

Thursday, 6 November 2014

~Cara Muhammad Ali menasihati anaknya memakai tudung~


Sedikit perkongsian mengenai cara Muhammad Ali menasihati anaknya memakai tudung.

-----------------

Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Apabila tiba di rumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila.

"Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cengkerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya."

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga."

Imej dari Google
Cukup dahulu perkongsian dari Ros.

Sama-sama kita fikirkan dan renungkan. Tak perlu menasihati dengan suara yang tinggi kerana kadang-kadang suara yang lembut itu lagi mendalam kesannya.

~salam sayang buat semua~
Designed by UMIESUEstudio 2014