Saturday, 15 November 2014

STRESS ~ ATASI DENGAN DENGAN BIJAK DAN BCOMPLEX

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua,

Anda stress? Pasti ada yang jawab 'ya' kan. Siapa sahaja antara kita, pasti pernah menghadapi situasi stress sama ada di tempat kerja atau di rumah.


Namun pernahkah antara kita tahu bagaimana cara untuk menangani stress? Mengurus stress adalah kemahiran yang penting dalam kehidupan kita. Sekiranya stress tidak diurus dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh kita dan akan memudaratkan kesihatan kita. Di samping itu, produktiviti kita di tempat kerja turut menurun dan kehidupan rumah tangga juga terganggu.

Tak percaya? Cuba lihat gambar di bawah kesan daripada kegagalan seseorang mengurus stress.

Kesan kepada tubuh badan kita akibat kegagalan mengurus stress

~imej from Google~
~imej from Google~
Ok, sekarang jom baca antara tips untuk menangani stress dengan bijak.
  1. Solat dan zikir - Akan mendekatkan kita pada Allah
  2. Terapi Al-Quran
  3. Aroma Lavender - Tahu atau tidak, selain dari baunya yang harum, lavender juga mempunyai banyak manfaat lain. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.
  4. Berehat atau relax seketika - Hanya 1 minit senaman ringkas seperti berlari setempat juga mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar.
  5. Lakukan senaman
  6. Menerima hakikat kemampuan diri - Sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha yang terbaik. Namun adakalanya kita gagal melakukannya dengan sempurna dan ini akan membuatkan kita stress. Maka, jangkaan pada diri sendiri dan terhadap orang lain harus realistik kerana tiada yang sempurna melainkan Allah.
  7. Kemaskan persekitaran (sama ada di rumah atau tempat kerja)
  8. Kurangkan keadaan tergesa-gesa
  9. Bersabar
  10. Terapi muzik
  11. Lepaskan bebanan Jangan salah sangka tau! Normal bagi wanita ungtuk menangis jika terlalu tertekan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. Jadi wanita sekalian, jangan lagi tahan air mata anda. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat.
~imej from Google~
Selain dari tips di atas, anda juga memerlukan vitamin B-Complex. Hmm bagaimana ye vitamin b-complex ini boleh membantu?

  • Vitamin B1~Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pra-matang.
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  • Vitamin B9~Bersama-sama dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan.
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi, tidak tenteram.
B-Complex pilihan saya
.
.
.
.
.
.

Yang sebenarnya stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi perlu ditangani dan diurus dengan cara bijak dan betul. Jadi, ubahlah fikiran dan kawal stress. Jadikan ia cabaran untuk memperbaiki diri menjadi lebih positif.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda semua.

Salam ukhuwah dari Ros

Rosmiyawati Anwar Shaklee Independent Distributor
[ID No : 880781]
017-4792854| rosmiyawati@gmail.com

Wednesday, 12 November 2014

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a.

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Sedikit dikongsikan untuk renungan bersama.

Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Salam sayang buat semua

Ros
^_^

Monday, 10 November 2014

Kawan, Sahabat ~ Kehadiran mereka membahagiakan. Hargai mereka selagi ada. ~

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua.

Sahabat? Kawan? Samakah ertinya? Sefaham kita, ada sedikit perbezaan antara sahabat dan kawan. Pelbagai tafsiran oleh seseorang tentang makna sahabat dan kawan. Apapun tafsiran korang tentang sahabat dan kawan tu tak kisah la. Janji kita mempunyai mereka dalam kehidupan kita.

Bagi aku, kawan senang dicari dan bilangannya ramai. Namun sahabat, sukar ditemui dan kalau dah jumpa tu, dia memang istimewa. Kehadiran mereka dalam kehidupan aku cukup membuatkan aku bahagia. Terima kasih semua kawan-kawan yang hadir dalam kehidupan Ros selama ini. Sayang korang ketat2. Hehe...

Hmm tetiba bercerita tntg persahabatan ni nape ye? Sebenarnya tak de hari ape yang istimewa cuma tetiba terdetik untuk menulis tentang ni. Ramai kan kwn2 kita sejak dari tadika sehingga kita bekerja. Ada bermacam ragam dan perangai kawan2 kita ni. Walau apapun kita perlu menerima kebaikan dan keburukan mereka kerana menerima seadanya siapa pun mereka penting untuk mengekalkan hubungan persahabatan.

Bagi aku, siapa pun mereka aku terima. Kerana aku juga tidak begitu sempurna untuk menjadi kawan mereka. Aku sayang akan setiap persahabatan yang terjalin. Tambahan pula sekarang ni, banyak cara untuk menghubungi semula rakan2 yang sudah terpisah lama. Melalui facebook, whatsapp dan macam2 lagi.

Ikutkan whatsapp aku, banyak sangat group yang terdiri dari kawan2 sekolah rendah hingga aku bekerja sekarang. Seronok sangat boleh jumpa kawan2 lama walaupun adakalanya muka pun masing2 dah berubah dan ambik masa nk recall balik. Tapi aku ni jenis yang tak banyak sangat perubahan, ye la kwn2 sekolah rendah dan menengah kebanyakannya cam je aku. Alhamdulillah mereka masih ingat kat aku...tapi mungkin sebab kenakalan aku jugak kot masa sekolah dulu. Hehe...

Ni list sekolah yang pernah aku attend. Start from tadika hingga sekolah menengah.
  1. Tadika Kemas - Kampung Ulu Kenderung, Grik, Perak
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Mahkota Sari - Grik, Perak (Darjah 1 - 6)
  3. Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya) - Padang Lumat, Gurun, Kedah (Form 1 - Form 3)
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lela Pahlawan - Padang Serai, Kedah (Form 4 - Form 5)
Tapi masa tadika kemas tu, may be aku tak ingat kot sape kwn2 aku. Ye la..kecik lagi time tu. Kalau ingat pun may be sekolah rendah sama ngan aku. Hehe...Masa aku Form 1 - Form 3, aku duk kat asrama. Memang pada mulanya kurang best sbb aku ni tak biasa duk asrama. Mulanya 'homesick' tapi lama2 bila dah jumpa kwn2, rasa cam best lak. Tu la kita kalau dh kenal ngn kawan, benda yang tak syok pun jadi syok...

Korang pernah gaduh tak ngan kawan2 sekolah? Baik sekolah rendah mahupun menengah. Hehe..baik ngaku cepat..Aku? Of course pernah gaduh. Kadang2 sampai 3 hari tak bertegur sapa. Hmm pelik kan..Walhal bukan sebab apa pun..sikit2 je..Tapi aku tak pernah la gaduh sebab berebut boyfriend ye. Aku mana la ada orang nak, muka masa sekolah rendah comot je. Sekolah menengah lak dah masuk pun lmbt, so semua lelaki dah ada pasangannya. Haha...Gaduh ngan kawan2 ni benda biasa la kan. Tak la sampai nak maki hamun atau bertumbuk. Just tak tegur je. Tapi seingat aku, masa aku sekolah Form 1 - Form 3 aku tak pernah la gaduh, sebab aku rasa diorang ni dah mcm adik beradik je. So kalau nak gaduh pun tak boleh lama, sbb kalau aku gaduh ngan diorang, sape yang aku nk kawan. Hehe...Masa aku Form 4 - Form 5, aku berulang je dari umah aku. Ye la sekolah dekat je. P sekolah pun jalan kaki ngan kawan aku dkt umah, Zura dan Yana. Kadang2 aku p ngan Zura je sbb Yana selalu p awai. Kalau hujan lak, abah aku atau abah Zura akan hntr kami. Dah mmg cam adik beradik lak kami tiga orang.

Alhamdulillah sehingga sekarang, kami masih berhubung antara satu sama lain. Walaupun kami ni tak selalu jumpa, tapi masih lagi berhubung. Inshaallah semoga Allah kekalkan hubungan persahabatan antara kami hingga hujung nyawa.

Eh..mana2 kawan2 aku yang baca post ni, aku mintak maaf la ye kalau ada yang terasa aku tak mention nama korang. Bukan sbb aku lupa atau tak sayang kat korang tapi aku lebih banyak menghabiskan masa dengan mereka berdua. Sama ada masa aku kat sekolah menengah, masa kat U, masa nak kahwin atau masa diorang kahwin kami selalu bersama. Tapi masa kat U je kami terpisah kejap, ye la Yana kat UPM, Zura kat UMS dan aku kat UKM.

Untuk semua kawan2 aku yang aku tak mention nama kat sini, aku nk korang tahu satu benda je, yang aku mmg sayang korang sampai bila2. Korang tetap berkawan lagi ngan aku walaupun aku kadang2 pernah gak buat hal ngan korang ye. Terimalah aku seadanya kerana aku bukanlah sempurna. Terima kasih kerana korang hadir dalam hidup aku selama ini. Bagi yang baru nak berkawan dengan aku, terima kasih diucapkan.


Sedih untuk aku kongsikan kisah sedih aku yang mana aku telah kehilangan seorang sahabat masa kat UKM. Kehilangan dia tak dikhabarkan kepadaku. Al-fatihah buat sahabat aku yang aku panggil Yana Sarawak. Dia orang yang pertama aku jumpa masa kat UKM. Aku satu bilik ngan arwah dan sorang lagi kwn, Ila namanya. Kami berlainan bidang. Aku tahu arwah meninggal masa aku nak balik kampung. Arwah keje kat Universiti Teknologi Petronas dan aku ternampak signboard Universiti Teknologi Petronas masa on d way nak blik kampung. Tetiba aku msg dia untuk bertanya khabar. Sebenarnya silap aku jugak, lama tak msg dia tanya khabar. Aku msg dia untuk jemput dia ke majlis perkahwinan aku. Namun msg sepi tidak berbalas. Aku assume, dia dah tido..ye la sbbnya time tu dah menghampiri kul 1 pagi. Esoknya pagi2 aku dapat satu msg dari nombor arwah. Family arwah jawab soalan aku. Dia gtau yang arwah dah seminggu tak de. Time aku terima sms tu, sebak rasa dada ni. Adakah ini satu gurauan atau betul? Aku kol dan mmg betul, arwah dah tak de. Time arwah pergi, family dia tak sempat nak inform sesiapa melainkan majikan tempat arwah bekerja, iaitu UTP. Kebanyakan rakan2 universiti tak tahu tentang pemergian arwah. Cukup untuk aku katakan di sini, arwah memang seorang yang baik hati. Perwatakan dia yang lemah lembut tu selalu terbayang2 di ruang mata aku sehingga kini. Semoga engkau tenang di sana sahabatku.

Pengajaran dari kisah sedih aku, jangan langsung tak menghubungi kwn2 kita. Kalau boleh seminggu sekali atau sebulan sekali tu, tanya lah khabar kwn2 korang sama ada kat Facebook atau whatsapp. Bila diorang dah tak de, korang akan rasa kehilangan walaupun kita tak rapat mana dengan mereka. Kerana kehadiran mereka perlu dihargai dan kehilangan mereka amat dirasai.

Imej from Google
Salam sayang buat semua.
 
Hargai sahabat anda sekarang.
 
Ros
^-^

Saturday, 8 November 2014

PENYAKIT GOUT - TANDA, RAWATAN DAN PENCEGAHANNYA

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.

Apa itu gout?
Imej from google
Gout adalah sejenis penyakit akibat asid urik berlebihan di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Imej from Google

Imej from Google
Bagaimana serangan gout berlaku?

Gout berlaku akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Kristal yang mendap ini lama-kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi yang teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain. Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah.

Jenis-jenis gout

Boleh dibahagikan kepada empat peringkat.
  1. Asimptomatik (tiada simptom).
  2. Akut - simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba, biasanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
  3. Interkritikal.
  4. Kronik - serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Mungkin ada juga yang menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Tanda-tanda gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan amat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Siapa yang berisiko mendapat gout?
Imej from Google
  1. Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90%.
  2. Individu yang banyak minum minuman keras.
  3. Individu yang mempunyai berat badan melebihi 66kg daripada berat badan normal.
  4. Individu yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetis dan paras lemak dan kolesterol yang tinggi.
  5. Genetik keluarga yang mempunyai masalah gout.
  6. Gout biasanya menyerang pesakit tua namun kini banyak kes membabitkan individu berumur 30-50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakkannya menghidap gout selepas putus haid.
Pemakanan pesakit gout

Elakkan makan
  • Organ dalaman - paru, hati, ginjal, otak dll
  • Ikan bilis, ikan kembung dan ikan sardin
  • Daging cincang
  • Makanan bercengkerang spt ketam, kerang
Kurangkan makan
  • Asparagus, bayam, cendawan dan bunga kobis
  • Poultry
  • Kekacang (peanuts, beans and peas)
  • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan untuk pesakit gout (supplement cadangan dari Shaklee)


Set Cadangan Untuk Masalah Gout
Alfalfa Shaklee - membantu sebagai agen detoks secara semula jadi untuk menyingkirkan toksik dari badan kita.

Omega Guard Shaklee - mengandungi Omega 6 dapat membantu mengurangkan keradangan yang terjadi di kawasan sendi.


Harga untuk set ini hanyalah RM 189.75.

Hubungi Ros segera untuk mendapatkan harga istimewa
Shaklee Independent Distributor 880781
017-4792854

Friday, 7 November 2014

Tazkirah Jumaat ~Perlunya sifat sabar ketika keadaan marah~

Assalamualaikum

Dikongsikan untuk manfaat bersama.

Di riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Larangan jangan marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah.

Firman Allah S.W.T: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran ayat 134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat.
Panduan ini dinyatakan di dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf ayat 200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda:
"Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.:
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah,
Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

·        Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu.

·        Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang yang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya seksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala, sedangkan ia tidak memilik apa-apa selain isi rumahnya sahaja.

·        Apabila Allah Ta'ala telah menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Mana dia ahli Fadhl iaitu orang-orang yang mempunyai kelebihan. Maka berdirilah orang-orang yang sedikit jumlahnya dan dengan segera menuju ke syurga. Para malaikat menemui mereka dan berkata: Kami lihat kamu ke syurga dengan segera. Mereka berkata: Kami adalah ahli Fadhl. Para malaikat bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Dahulu apabila kami dianiayai kami bersabar. Apabila disakiti kami memaafkan orang yang menyakiti kami. Apabila kami diperbodohkan oleh orang jahil, kami bersikap hilm iaitu tidak marah kepadanya. Para malaikat pun berkata: Masuklah kamu ke dalam syurga dan ianya sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal kebajikan.

Pesanan ini telah dikongsikan oleh sahabat saya dan saya kongsikan sekali lagi untuk renungan bersama sahabat alam maya saya.

Semoga kita sama-sama manfaatkan ilmu ini.

^_^

Salam Sayang buat semua.

Thursday, 6 November 2014

~Cara Muhammad Ali menasihati anaknya memakai tudung~


Sedikit perkongsian mengenai cara Muhammad Ali menasihati anaknya memakai tudung.

-----------------

Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Apabila tiba di rumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila.

"Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cengkerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya."

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga."

Imej dari Google
Cukup dahulu perkongsian dari Ros.

Sama-sama kita fikirkan dan renungkan. Tak perlu menasihati dengan suara yang tinggi kerana kadang-kadang suara yang lembut itu lagi mendalam kesannya.

~salam sayang buat semua~

Wednesday, 5 November 2014

Manfaat dan Testimoni Keberkesanan Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua.

Bersua lagi kita ye di alam maya. Didoakan agar anda semua sihat dan ceria. Bertemu lagi kita di bulan November dan yang pastinya bulan Oktober sudah berlalu pergi dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Hopefully bulan November juga akan meninggalkan kenangan manis buat kita semua, inshaallah.

Tengok saja pada tajuk post, sudah tentu korang semua tahu dan dapat agak ape yang nak Ros share kan hari ini.

Hmm sebelum tu Ros nak gtau yang bulan ni Shaklee buat double promosi lagi.

  • Omega Guard Buy 6 Free 1
Imej Google
  • Omega Guard Buy 2 Get 5% Off
Imej Google
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh kita tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses ke semua EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Takde makna kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain sekiranya enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Adalah penting untuk kita memastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya ke semua zat dan nutrien dari makanan diserap dengan baik.

Omega Guard Shaklee merupakan supplement minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehingga ke golongan dewasa dan berusia.

Jom kita lihat antara manfaat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini:
  1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  2. Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  3. Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida (lemak dalam darah) dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  4. Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  5. Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplement minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis (penyakit kronik pada sendi dan juga melibatkan beberapa organ lain).
  6. Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  7. Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  8. Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain. 
Imej Google

Ros kongsikan juga antara testimoni keberkesanan Omega Guard.


Testimoni Omega Guard dan Meal Shakes - batuk

Testimoni Omega Guard dan Cinch untuk kurus

Testimoni Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa untuk kurus

Testimoni Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa untuk kurus

Testimoni Omega Guard - selsema dan kahak

Testimoni Set Kesihatan Sendi - terdapat Omega Guard

Testimoni Omega Guard untuk masalah Eczema

Cukup setakat ini perkongsian dari Ros.

Salam Sayang buat semua.
^_^

Suka diingatkan bahawa produk ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa juga penyakit. Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

DAPATKAN HARGA PROMOSI DAN ISTIMEWA DARIPADA SAYA

Hubungi saya:

Rosmiyawati Anwar
Shaklee Independent Distributor
880781
017-479 2854


Designed by UMIESUEstudio 2014