Friday 26 December 2014

Tazkirah Jumaat ~26 Disember 2014~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dikongsikan sedikit antara kata-kata hikmat HAMKA

  1. Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh.
  2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  3. Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam satu majlis atau dalam cara berpakaian, cara berkenderaan, cara makan dan minum, cara berumah tiang dan berbujang pelayan, hendaklah tubuh sepanjang berbayang-bayang; yakni bersikap sederhana.
  4. Orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada.
  5. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  6. Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula.
  7. Biarpun 1000 kapal tenggelam di tengah lautan, tetapi cita-cita manusia tidak pernah padam.
Bertemu lagi di coretan akan datang.

Ros

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014