Friday 31 October 2014

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua

Sedikit tazkirah untuk dikongsikan bersama di pagi Jumaat yang mulia lagi penuh keberkatan.

Nikmatnya Waktu Sihat dan Masa Lapang
Kesihatan adalah suatu nikmat yang sangat diakui oleh semua orang. Sihat adalah suatu yang sangat bernilai dan begitulah juga sekiranya kita diberikan masa yang lapang oleh Allah S.W.T.

Marilah kita berbicara tentang hadith yang menyebut dua nikmat yang menyebabkan ramai manusia yang terpedaya, di mana kita akan rumuskan darinya beberapa pengajaran dan pedoman yang dapat membantu dalam hidup kita dari segi dakwah dan urusan duniawi. Dari Ibn Abbas r.a berkara, Rasulullah saw telah bersabda:

“Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa”.
[HR Bukhari].

Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana sememangnya manusia tidak akan berupaya berbuat demikian.

Allah berfirman:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Manusia perlulah bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaatkannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan mengundang kemurkaan-Nya.

Persiakan nikmat

Benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allah nikmat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka mensia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam kelekaan dan keseronokan semata-mata.
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju akhirat.

Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah untuk menderhaka kepada-Nya.

Perlu diinsafi dan diingati bahawa manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan Allah.

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allah dan beramal soleh, maka penyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan.

Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan beramal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan manusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk banyak mengingati Allah melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak.

Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur kebajikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu berharga dan umurnya turut berlalu pergi begitu sahaja.

Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik untuk dijadikan renungan bersama. Katanya: “
Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang pula perasaan malas dalam melakukan ketaatan (ke pada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.


Katanya lagi:
“Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mempergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah kemaksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.
Seorang muslim apabila mengharapkan kurniaan Allah sebenarnya ia sebagai pertolongan untuknya bagi mendapatkan akhirat berdasarkan firman Allah: 
“Dan carilah pada apa yang Telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”.
(al-Qashash: Ayat: 77)

Di antara ciri seorang muslim ialah merebut peluang semasa memiliki kelapangan masa sebelum sibuk dan kesihatan sebelum sakit berdasarkan sabda Nabi S.A.W.

Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba matimu.”
(Riwayat al-Hakim)

Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata: Rasulullah telah memegang dua bahuku sambil bersabda: “Jadilah kamu di dunia seolah-olah kamu seorang dagang (bermusafir) atau melalui  satu jalan menuju ke satu tempat”. Ibn Umar berkata: “Apabila kamu di waktu petang, janganlah tunggu ke waktu pagi, apabila kamu di waktu pagi, janganlah kamu menunggu ke waktu petang. Ambillah peluang semasa kamu sihat sebelum sakit dan semasa kamu hidup sebelum mati”.
(Riwayat Bukhari)


Salam sayang buat semua

^_^

Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.

Thursday 30 October 2014

Nak kurus dengan cara selamat? Jom cuba Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog walaupun agak sibuk dengan rutin harian di pejabat. Sebenarnya ini merupakan cabaran jugak kat aku, ye la semua orang mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Kalau orang lain boleh update blog sehari 2 3 kali malah lebih sibuk dari aku, rasa malu pulak nak cakap aku tak de masa.

Ok, berbalik pada tajuk post aku. Sape yang agak2nya tak nak kurus kan. Rasanya kalau tanya perempuan, majoriti jawapannya nak kurus kan. Sebelum aku berceloteh panjang, aku mohon maaf dulu sekiranya ada yang terasa hati dengan statement aku tentang nak kurus ni. Tiada niat untuk aku menghina orang yang gemuk ya. Sebenarnya kurus ni satu bonus, ye la bila kita kurus, inshaallah lebih sihat. Betul tak? Saya tak kata, kalau gemuk tak sihat, tapi kebanyakan penyakit datang bila berat badan berlebihan. Kesuburan seseorang wanita juga berkurang. Menjadi kurus adalah langkah baik untuk lebih sihat.

Tapi...kena ingat nak kurus ni bukan mudah dan cepat ye. Jangan sesekali ambil jalan mudah untuk kurus ye. Sengsara badan nanti siapa yang susah.

Untuk itu, aku nak kongsikan kat korang semua kenapa perlu pilih Set Kurus Shaklee.



Imej Google

Reason 1:


Set Kurus Shaklee telah menjadi pilihan ribuan orang.

Kenapa?

Sebab paling utama adalah Set Kurus Shaklee ni SELAMAT dan SEMULA JADI. Anda tak perlu risau tentang kandungannya, sebab Set Kurus Shaklee ni HALAL dan yang penting ada KELULUSAN KKM. Inilah 2 perkara paling orang pentingkan sebab banyak sangat produk untuk kurus dan pelangsingan yang merbahaya di pasaran. Ada yang takde kelulusan KKM, ada yang guna bahan terlarang. Bahaya kan tu.

Reason 2:

Cara penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee adalah secara sihat. Bukannya bila makan je Set Kurus Shaklee, kita boleh hentam makan semua benda. Kawal makan dan melakukan aktiviti yang membakar kalori adalah BASIC. Bukan kita tinggalkan makan terus tapi kita perlu kurangkan portion makan. Kurangkan karbohidrat seperti nasi, mee, dll tapi korang kena lebihkan protein (lauk pauk).

Satu lagi. Penurunan berat badan apabila anda ambil Set Kurus Shaklee nampaknya agak perlahan. Namun tidak akan kembalikan berat asal jika betul caranya. Jangan expect penurunan mendadak ye, sebabnya ia adalah cara yang tidak sihat.


Banyak produk pelangsingan di pasaran memberikan janji-janji palsu, tetapi tidak bagi Shaklee.


Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?


Imej Google




Konsep Pertama: Bakar



Imej Google


Bakar yang dimaksudkan adalah bakar lemak. Ada juga orang gelarkan cairkan lemak. Produk yang berkesan untuk cairkan lemak dalam badan adalah Lecithin.

Fungsi Lecithin boleh baca kat sini.


Konsep Kedua: Buang

Konsep buang atau detoks ini sangat penting setelah fungsi bakar berlaku. Apabila lemak telah dipecahkan dari dalam badan, ia harus di bawa keluar melalui pembuangan najis supaya tidak tersimpan dalam badan. Produk shaklee yang sangat sesuai untuk fungsi ini adalah Herblax.

Imej Google

Konsep Ketiga: Bina

Setelah lemak disingkirkan, otot badan perlu dibina semula supaya dapat mengurangkan kesan menggeleber pada badan akibat lemak yang dibuang.

Bagaimana nak bina semula? Dengan protein rumusan khas dari Shaklee iaitu ESP.



Pada waktu inilah, ramai pengguna keliru, ye la setelah berminggu menggunakan Set Kurus Shaklee, tetapi tiada pengurangan dari segi berat badan. Jangan risau, ia NORMAL.

Kenapa?

Sebab berat statik itu adalah disebabkan pembinaan otot pada badan. TETAPI, anda akan mengalami INCHLOSS ataupun dengn kata lain, pinggul mengecil, peha mengecil dan lengan juga jadi slim.

Hehe..suka la tu sebab baju ngan seluar lama dah boleh pakai balik.


~Biar gambar berbicara~

Banyak yang kita boleh resolved apabila kita kurangkan berat badan.

Imej Google

Aku rasa cukup setakat ini perkongsian aku tentang Set Kurus Shaklee. Hopefully korang faham dengan penerangan simple aku ni.

Dapatkan Set Kurus Shaklee ini dari saya pengedar sah Shaklee anda di Putrajaya dan kawasan sekitarnya dengan harga istimewa.

Rosmiyawati Anwar (880781)
017-4792854






Tuesday 28 October 2014

~ KENDURI KAHWIN ADIK IPAR ~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama rasanya tak update blog. Hehe..macam ramai je nak baca kan. Tak pe la, ramai ke tak itu tak penting.

Sihat ke semua? Didoakan sesiapa saja yang singgah blog aku ni, sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Cuti Deepavali hari tu aku ambik cuti panjang sikit. Hmm balik kampung kali ni seronok sikit, ye la sbb nak buat persiapan kenduri kahwin adik ipar. Lama dah rasanya tak sibuk dengan persiapan kenduri. Al-maklumlah dah hampir 5 tahun tak kenduri kahwin, so mcm2 preparation perlu dibuat (statement mcm aku je nak kahwin...hahaha).

Start dari merisik, bertunang, akad nikah dan akhir sekali majlis memang memakan belanja yang agak besar. Namun bagi kami yang sederhana ni, persiapan semuanya ala kadar je. Yang penting akadnya. Majlis tu hanya untuk menghebahkan kepada orang yang kita sudah pun sah suami isteri.

Ok la malas nak cerita panjang2, layan je la antara gambar2 sekitar majlis tersebut.

Untuk adik ipar aku, Atikah dan suami, tahniah dari kak ros. Semoga ikatan perkahwinan kalian berkekalan sehingga akhir hayat. Selamat menempuh alam rumah tangga. Bersabar dalam apa juga dugaan ye. Biasa la, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.

~Lauk pengantin~

~Pengantin baru~

~Senyuman sepasang suami isteri~



Semoga kekal hingga ke jannah

Ok la ye. Gambar tak banyak sangat sebab cameraman agak busy. Cameramannya suami aku. Hehe..anyway thanks ye Papa. Ada juga gmbr walaupun sikit.

Ok, salam sayang semua.

Friday 17 October 2014

Rutin Bulanan Anakku

Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam bicara di alam maya. Apa khabar semua shbt2 di alam maya? Didoakan semoga korang semua sihat dan sentiasa dalam peliharaan Allah.

Hari ni aku nak cerita tentang rutin bulanan anak aku ulang alik ke Hospital Putrajaya semenjak usianya 8 bulan ke atas. Bagi yang kenal ngan aku mungkin tahu sebab anak aku perlu ke Hospital Putrajaya setiap bulan.

Alhamdulillah, syukur kerana sekali lagi Allah menguji aku dan suami. Kami diberi sedikit ujian yang mana anak aku disahkan pengidap Thalassaemia Major semenjak usianya berusia 7 bulan.

Sewaktu kami menerima berita tersebut, betapa sebak dan sedihnya perasaan aku ketika itu. Namun yakin dengan ketentuan Allah, aku pasti setiap yang berlaku ada hikmahNya.

Mungkin ada yang baru dengar Thalassaemia dan ada yang pernah dengar tapi tak tahu sakit apa sebenarnya.

Apa itu Thalassaemia?


Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan penyakit yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin (HB) dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin yang rendah (anemia).

Thalassaemia merupakan penyakit keturunan sel darah merah "erythrocyte", dikelaskan sebagai hemoglobinopathi: masalah genetik yang mengakibatkan penghasilan molekul hemoglobin tidak normal. Sel darah merah yang lemah dan terdedah kepada kecederaan mekanikal dan mudah mati. Untuk terus hidup, pengidap Thalassaemia memerlukan pemindahan darah secara berkala.

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit Thalassaemia berasa lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi semakin teruk.

Pesakit 
Thalassaemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis Thalassaemia iaitu:

(a) Thalassaemia minor:

Thalassaemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa. 

(b) Thalassaemia major:
Thalassaemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka Thalassaemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda Thalassaemia. 

Sekadar perkongsian aku la ye, nak tahu lebih korang search je kat pakcik 'Google'. Banyak info korang dapat tau nanti.

Ok, aku kongsikan pengalaman kami tentang bagaimana kami boleh detect pada peringkat awal.

Anak aku Nur Iffah Huriyyah yang dilahirkan secara emergency caesarean section pada 7 Ogos 2011 di Hospital Kulim dengan berat 2.5kg. Alhamdulillah walaupun aku caesar, emergency lagi tu, anak aku semasa lahir sihat seperti anak orang lain. Cuma dia kena tahan kat NICU sebab dia dah termakan sedikit najis dia. So doctor nak pantau keadaan dia dan pastikan paru-paru dia bersih.

Dia dan aku mempunyai persamaan dari segi jenis darah, yang mana kami jenis darah 'O' manakala suami pula darah 'B+'. Dari pembacaan aku, kumpulan jenis darah 'O' ni memang senang untuk kena penyakit 'kuning'. So doctor tahan anak aku kat NICU tu sbb penyakit 'kuning' dia sama. Tapi aku tak risau sebab kalau baby kena 'kuning' tu normal la kan, kecuali tinggi sangat, bahaya lak.

Tiga bulan pertama, berat badan dia normal. Alhamdulillah dia menyusu badan dan dengan susu badan aku tu berat dia dalam tiga bulan pertama tu naik dengan elok. Lega aku dengar. Namun selepas tamat tempoh pantang, aku tengok berat badan dia semakin menurun. Aku pelik jugak sebab susu yang aku bagi cukup, dia pun tak de masalah dengan botol. Semasa pemeriksaan kat KK Presint 9, nurse mula bising kat aku sbb graf berat anak semakin menurun ke paras kuning. Tapi masa tu aku tak la amik serius sangat sebab ramai kawan2 aku kata budak menyusu badan bukan naik banyak sangat pun. So aku anggap benda ni normal la.

Masa aku balik kampung, tergerak hati aku nak follow up check up anak kat Klinik Dr. Ismail (family clinic). Walaupun dalam hati aku benda ni macam tak serius. Masa Dr. check tu, aku tengok dia tekan perlahan kat perut anak aku sebelah kiri. Doc cakap limpa dia bengkak sikit, so dia buat surat utk buat ultra sound kat salah sebuah klinik di Bukit Mertajam. Masa buat ultra sound tu, mmg doc gtau limpa anak aku bengkak. Dalam hati aku, terus berdoa agar ini tak serius. Doc buat surat reference ke Hospital Putrajaya untuk details follow up memandangkan aku stay dan kerja kat sini.

Bermula dari situ, rawatan details ke atas anak aku dilakukan. Kami suami isteri pun kena ambil darah untuk check kemungkinan kami dua orang pembawa Thalassaemia. Sebab anak aku dah menunjukkan ciri-ciri Thalassaemia cuma nak sahkan dulu dengan ambil darah kami dua orang.

Keputusannya? Kami dua orang ni memang carrier (pembawa). So bila carrier (pembawa) kahwin, peluang untuk anak dapat Thalassaemia Major adalah tinggi. Dari situ, kami diberitakan yang permata kesayangan kami disahkan Thalassaemia Major.

Time tu, aku sedih dan marah pada diri sendiri. Kenapa aku mesti diuji sebegini. Ape salah anak kecil itu... Namun, suami dan family banyak memberikan semangat. Suami aku walaupun sedih, dia tetap memberikan kata-kata semangat kat aku. Family aku terutama abah, mengingatkan aku bahawa ujian Allah ni ada hikmahNya. Abah kata Yong kena belajar untuk redha sebab Yong kena tengok anak orang lain yang lebih hebat ujian Allah kepada parents mereka, berbanding Yong hanya sedikit. Alhamdulillah, aku cuma untuk belajar menerima ketentuan Allah. Betul cakap abah, anak orang lain ada yang terbaring, tapi anak aku cuma perlu transfusion darah setiap bulan je.

Semakin hari, aku dan suami mula redha dengan ujian Allah. Kami tidak lagi merungut malah lebih memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana Allah sayangkan kami dengan memberi sedikit ujian pada kami.

Hasil dari keputusan itu, bermulalah episod blood transfusion anak aku setiap bulan di Hospital Putrajaya. Sebelum Iffah mencecah usia setahun, dia perlu blood transfusion di wad. Namun setelah usianya mencecah setahun, Iffah hanya perlu menjalani blood transfusion kat Day Care.

Aku tak berhenti mencari info berkenaan Thalassaemia. Info yang aku peroleh, aku simpan dalam satu folder untuk dikongsikan bersama family dan rakan2. Hmm untuk makluman jugak, anak aku ni perlu menjalani blood transfusion sepanjang hayat dia. Anak aku pulak hanya boleh menerima darah jenis 'O+' sahaja. Ye la kan jenis darah 'O' ni boleh derma kat semua jenis darah tapi menerima hanya dari jenis yang sama.

Setiap kali dia menjalani blood transfusion, aku berdoa agar darah yang dia terima adalah darah orang2 yang positif. Hanya Allah yang mampu membalas jasa mereka yang menderma. Aku juga mendoakan agar anak aku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat kelak. Amin.

Cukup dulu ye perkongsian dari aku. Nanti aku share lagi kalau ada yang berkaitan.


Imej dari Google
 
Imej dari Google

So, bagi yang nak kahwin tu, better buat screening dulu ya. Bukan apa, carrier (pembawa) selalunya tak menunjukkan simptom yang teruk, tapi bila berkahwin dengan carrier (pembawa) juga, anak kemungkinan Major.

*Yang paling aku tak tahan masa blood transfusion anak adalah masa doc atau nurse cucuk untuk ambil darah dan masukkan darah. :-(

Hai semua, sayalah Iffah aka Siti
^_^

Salam Sayang buat semua.

Tuesday 14 October 2014

GLA Complex Shaklee memang terbaik.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk update blog walaupun blog aku ni tak la ramai sangat pembaca dan followernya. Tapi kalau ada yang singgah kat blog aku ni, thanks ye sebab sudi baca bebelan aku.

Dah makan malam belum? Of course la dah kan, sudah jam berapa ni. Seeloknya makan sebelum maghrib kan. Dari pembacaan aku, makan sebelum maghrib ni salah satu Sunnah Rasullullah.

Dulu time sekolah, mak selalu pesan makan awai, sebab kalau makan dah lewat, sat g ngantuk pastu keje sekolah tak dan siap. Mula la esoknya tu alasan nak ponteng kelas. Haha.

Sedikit perkongsian dari pembacaan aku, sebenarnya otak berfungsi excellently 2 jam selepas makan. So, kalau kita makan around 8.30pm, around 10.30pm baru nak start study, kita hanya mampu bertahan hingga jam 12 tengah malam saja (tu pun kalau tahan, kalau dak kul 11 dah menguap tak berhenti...)

Ini berbeza kalau kita makan petang dalam kul 6 atau 6.30pm. Antara hikmah lain makan sebelum maghrib tu adalah untuk mengelakkan kita tidur dalam kekenyangan. Ok, sambung balik pada topik asal aku nak story ye.

Ok, perkongsian malam adalah nak cerita tentang GLA Complex Shaklee.

Apa itu GLA?

Pada kurun ke-20, ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapatai bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian. Kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaanya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak poli tak tepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleik acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan kita semua dengan mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?

* membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
* membantu meningkatkan kesuburan
* melegakan PMS (sindrom pra haid)
* membantu dalam menangani menopous
* menguatkan kuku dan rambut
* menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
* membantu menangani ekzema
* melegakan simptom akibat artritis reumatoid
* mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
* menguatkan imuniti tubuh
* memperlahankan proses penuaan
* mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
* mengawal kencing manis dan darah tinggi
* mengawal kolesterol
* untuk fungsi saraf

Siapa yang memerlukannya?

- wanita yang menghadapi PMS
- mereka yang mengidap kencing manis
- mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
- wanita yang periodnya tidak teratur
- sesiapa yang mahu mencantikkan kulit

Yang penting, GLA BUKAN SAHAJA UNTUK WANITA.

imej dari Google



Boleh hubungi saya untuk mengetahui cara pengambilan supplement ini.

Rosmiyawati Anwar

Shaklee Independent Distributor [ID No : 880781]

017-4792854|arosmiyawati@gmail.com

Ok, that's all for today.

Have a nice day

~Sayang Semua~ 

Fungsi Lecithin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang dijanjikan, aku akan share sedikit fungsi Lecithin dan GLA tengah hari tadi kan. Tapi boleh tak aku share dulu kegunaan Lecithin hari ini?

Actually aku amik Lecithin ni dah lama. Dari pembacaan aku la, ramai yang menulis/share di blog yang Lecithin ni antara fungsi asasnya adalah sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Hmm aku ni pantang kalau bab nak pecah lemak ni mesti aku nak try. Walaupun ramai je kengkawan kata, "ang ni nak kurus tang mana lagi, dah kurus la...". Hehe dalam hati aku jawab "hang pa tak nmpk tang mana lemak aku ternak...".

So aku pun beli la Lecithin ni dan mula amik secara konsisten. Ye la makan suplemen ni kena la konsisten, sat makan sat tak makan memang tak nampak ler hasilnya...hehe (untuk peringatan diri sendiri gak, alhamdulillah aku konsisten). Ish duk merepek lak aku ni ye. Sorry la no.

Ok, sedikit perkongsian mengenai Lecithin. Nanti aku update lagi info yang mana berkaitan ya. Maklum la baru berblog ni, so kena banyak membaca dan ambil info dari Master2 Shaklee.

Apa itu Lecithin?

Lecithin soya ialah sumber utama kolina salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf. Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Faedah dan kegunaan Lecithin:

Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah.

Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.

Mengawal penggumpalan platlet darah.

Menggalakkan penyerapan vitamin A, D, E, K.

Membersihkan saluran darah.

Menggalakkan metabolisma lemak.

Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.

Mengawal kehilangan air oleh kulit.

Menjaga kesihatan membran sel.

Menjaga kesihatan saraf.

Penting dalam penghasilan hormon.

Untuk rambut yang sihat.

Siapa yang memerlukan Lecithin:

Pesakit DIABETES – mereka tak boleh kekurangan lecithin

Pesakit BUAH PINGGANG – kolina dalam lecithin meringankan tugas buah pinggang untuk memproses protein

Penderita KEGUGURAN RAMBUT – memerlukan lecithin kerana kekurangan inositol (komponen dalam lecithin menyebabkan keguguran rambut)

Pesakit STROK

Orang yang banyak mengambil karbohidrat kerana ia boleh membentuk lemak dalam darah

Orang yang mengalami KOLESTEROL TINGGI

Orang yang mengalami masalah fokus, terutama koordinasi anggota badan

Pelupa

Ibu menyusu untuk lancarkan air susu dan merawat bengkak susu

Mereka yang nak kurus, termasuk ibu yang menyusu. (sape nak kurus, sila la dapatkan lecithin ni ye, hehe)

Kesan kekurangan Lecithin:

Rambut gugur

Tidak dapat fokus dengan baik

Sering sakit dan mengalami keradangan

Tapi pastikan anda mengambil Lecithin selepas heavy meal (lunch/dinner) ye. Bukan sebelum kerana pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik yang mana anda akan cepat berasa lapar. :-)

Ok, itu dulu perkongsian dari aku.

Selamat Membaca

Rosmiyawati Anwar (FB: Rosmiyawati Anwar)
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880781]
017-4792854|arosmiyawati@yahoo.com


~salam sayang buat semua~

Sunday 12 October 2014

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Ape program korang di hujung minggu? Mesti ada yang jawab bersantai bersama keluarga. Same to me, bersantai dengan family di rumah adalah lebih menyeronokkan. Tambahan pula cuaca di luar sana yang kurang elok, so stay kat umah lagi best lah :-)

Hmm korang dah breakfast ke? Ros sementara anak n suami masih tido (baru sampai dari kampung pagi tadi) update jap blog ni dan belum breakfast lagi. Tapi kan, ada sebahagian dari kawan Ros yang suka skip breakfast. Alasan mereka, nanti sakit perut, mengantuk masa mesyuarat, tak sempat la sbb lambat bangun, tak lalu makan la awal2 pagi...dan macam2 alasan lah. Hehe. Hmm salah tu sebenarnya ape yang kita fikirkan.

Kajian menunjukkan sarapan pagi yang berkhasiat dapat menyokong pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak. Analisis 1,400 sekolah di California mendapati bahawa pelajar yang mengambil sarapan yang berkualiti menunjukkan:
- peningkatan dalam gred matematik;
- memori yang lebih kuat;
- kreativiti yang menyerlah;
- mempunyai kemahiran kognitif yang baik; dan
- lebih fokus/memberi tumpuan di dalam kelas.

So, why not from today, kita ubah persepsi negatif tentang pengambilan sarapan ni.

Anda boleh cuba Set Mighty  3 Gem yang mengandungi Meal Shakes, Performance Drink dan ESP. Ini adalah cadangan nutrisi yang terbaik untuk anda sekeluarga. Senang dan mudah disediakan. Inshaallah anak-anak anda boleh bancuh sendiri kalau anda tak sempat buatkan.


~Set Mighty 3 Gem~

Anda boleh mendapatkan Set Mighty 3 Gem ini dengan menghubungi saya di talian 017-4792854

Nak order dengan mereka juga boleh:

Nur Syahfina Ishak (012-3886562)
Noor Aini Mahayudin (019-3437565)

Ok, that's all for today.

Have a nice day

~Sayang Semua~ 

Saturday 11 October 2014

Vitamin yang sesuai untuk masalah jeragat

Apa itu jeragat? Kalau dalam ayat yang mudah nak faham, jeragat tu adalah bintik2 hitam kecil kat muka. Bukan jerawat atau tahi lalat ye. Jeragat adalah masalah kulit normal bagi wanita. Namun kulit wajah akan kelihatan kusam dan tak cantik. Orang perempuan ni kalau bab cantik je mesti nak kan..sama je kalau lelaki pun kan?

Okey, anda perlu tahu langkah2 pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan dan yang penting adalah berkait dgn vitamin Mcm keratan majalah di bawah (sumber Rapi), pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat. Kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat.

•Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Shaklee menawarkan Sustained Released Vitamin C Plus lengkap dgn bioflavonoids)

•Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (Shaklee menawarkan Vitamin E Complex, ia natural, 400iu lengkap dgn selenium dan ada extract grape seed)

•Protein - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat (Shaklee menawarkan ESP, non GMO)

Kalau ada extra budget boleh try Collagen Powder Shaklee.

Have a nice day to all.


Sumber: Rapi 2012



Rosmiyawati Anwar

Shaklee Independent Distributor [ID No : 880781]

017-4792854|rosmiyawati@yahoo.com
Designed by UMIESUEstudio 2014