Friday 25 January 2013

Cuti-cuti Malaysia

As salam.

Sorry lama tak update blog. Korang sihat ke? Aku alhamdulillah.

Hmm last entry aku pada 17 Januari kan? Hampir seminggu aku menyepikan diri dek kerana kesibukan yang melanda.

Cuti byk betul bulan nie kan? On off je keje..tapi terlalu awal utk aku bercuti kerana byk lagi cuti yang perlu aku simpan utk anak kesayangan aku.

Esok (26 Januari) husband ada reunion kat Heritage Ipoh. So percutian yang dirancang dalam masa pendek pun telah dibuat. Hehe...korang mesti boleh agak kan mana aku nak p. Cer teka...tapi tak de hadiah la...

Esok after selesai reunion husband & the gang, kami plan nak p CH. Hmm tempat yang selalu sgt menjadi sebutan org time2 honeymoon & cuti sekolah... (ye ke ek?)
Kalau korang nk tau, first time aku g CH ni masa tahun 2010, tapi time tu berdua je. Time g bertiga masa thn 2011, aku pregnant dah 6 @ 7 bulan rasanya...(sorry ye tak ingat). Nmpk kerap kan aku g CH. Tapi itulah kali pertama aku menjejakkan kaki kat situ..masa sekolah dulu jgn hrp mak & abah nk bagi p. Aku pun tak tau nape tak boleh p...huhu...

In shaa Allah esok aku akan check in kat Heritage Hotel CH. Aku lak yang ter'excited' lebih. Sedangkan p ni sbnrnya nk bawak anak aku tu...walaupun dia tak ngerti lagi tapi alasan tu kira ok la kan? Aku booking hotel guna agoda. Korang pun tahu kan, booking guna Agoda ni murah byk kan? Itu yang boleh book hotel yang mewah sikit. Asalnya nk duk hotel Rainbow je, tapi time2 Public Holiday ni harganya melampau lak. Alang2 melampau baik duk hotel mewah terus. haha (gelak jahat...)

So korang lak g mana cuti panjang nie? Mesti ada yang balik kmpg sbb kebetulan gaji lak baru masuk (bagi kakitangan kerajaan ye).

Bagi aku, percutian atau masa dengan family di waktu2 public holiday ni sgtlah bermakna. Ye la, masa ni la nk duk ngan anak & husband...lain la korang yang bekerja sendiri dan suri rumah sepenuh masa. Aku lak jenis suka merancang percutian. Husband kadang2 tak kata apa pun. Dia suka ke tak aku tak tau...tapi selalunya bila aku mula dulu dia pun follow je...hehe..kami plan bercuti atau jalan2 kat tmpt2 yang tak pernah kami sampai atau tmpt tu pernah sampai tapi seronok utk p lagi...contohnya Melaka, kalau nak diikutkan berapa kali dah kami p tapi tak pernah habis tmpt yang bersejarah kami dilawati.

Ok lah korang, aku ni sambil2 tunggu en.husband dtg amik kat ofis. So memandangkan dah lama tak update blog, aku pun update jap sementara dia tak sampai lagi.

Doakan perjalanan & percutian kitaorang selamat ye esok hingga hari ahad ni.

Bye.
Salam ukhwah dari Ros.

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014