Wednesday 19 November 2014

APA ITU OMEGA 3? PENTINGKAH IA KEPADA KESIHATAN?

Assalamualaikum dan Salam Sayang.

Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan untuk terus berkongsi tentang sedikit perkongsian yang diperoleh bersama-sama dengan kwn2 semua.


~imej from Google~
Hmm agak2 korang la kan, apa hubung kait gambar yang kat atas tu ye dengan cerita yang nak Ros share hari ni. Korang tahu kan ikan ape yang si beruang tu makan..

Untuk pengetahuan bersama, the best source of Omega 3 fatty acids DHA dan EPA ni adalah ikan. Antara ikan yang top choices ni adalah salmon, mackerel, herring, sardin, ikan bilis dan tuna. Mengikut recommendation American Heart Association, at least two servings a week of fish.
~imej from Google~
Ikan sumber Omega 3 yang utama

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh sebab itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Pernah tak ibu-ibu lihat label pada kotak/tin susu anak2 yang di beli kat pasaran? Perasan kan singkatan EPA dan DHA tu..Hehe..sebenarnya Ros pun baru je perasan sejak dua menjak ni. Hmm baik korang p tengok cepat label kat kotak/tin susu anak2, ada tak singkatan EPA atau DHA tu...So now terjawablah persoalan kita kan bahawa susu yang kita beli untuk anak kita tu mengandungi tambahan Omega 3.

Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari. Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Cuba korang tengok antara Health Benefits of Omega 3. Banyakkan...

~imej from Google~
Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan.
Sumber: http://www.omega3md.com/faqs.html

~imej from Google~
Kebaikan utama Omega 3
Sumber: http://www.fusionbodybuilding.com/omegaoil/science
Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu mereka.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Banyak sangat kebaikan Omega 3 ni kan. Kalau korang nak tahu details, kena la cari sendiri. Yang mana Ros share ni mungkin ada yang pernah baca dan mungkin jugak baru first time baca. Bagi yang dah pernah baca, just sebagai reminder. Tapi bagi yang first time baca, hopefully dapat manfaat.

Oleh kerana Omega 3 ni sangat penting, korang semua kena la ambil Omega 3 ni setiap hari. Ni Omega 3 yang menjadi pilihan hati...

.
.
.
.
.
Omega Guard Buy 6 Free 1
So bagi yang tak lalu nak hadap ikan setiap hari, meh la try Omega Guard from Shaklee ni. Memang terbaik lah. Tambahan pula bulan November ni promosi Omega Guard Buy 6 Free 1. So boleh la share dengan kawan2.

Ok, sekian dulu perkongsian dari Ros. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.

Rosmiyawati Anwar
017-4792854
SID: 880781


No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014