Saturday 15 November 2014

STRESS ~ ATASI DENGAN DENGAN BIJAK DAN BCOMPLEX

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua,

Anda stress? Pasti ada yang jawab 'ya' kan. Siapa sahaja antara kita, pasti pernah menghadapi situasi stress sama ada di tempat kerja atau di rumah.


Namun pernahkah antara kita tahu bagaimana cara untuk menangani stress? Mengurus stress adalah kemahiran yang penting dalam kehidupan kita. Sekiranya stress tidak diurus dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh kita dan akan memudaratkan kesihatan kita. Di samping itu, produktiviti kita di tempat kerja turut menurun dan kehidupan rumah tangga juga terganggu.

Tak percaya? Cuba lihat gambar di bawah kesan daripada kegagalan seseorang mengurus stress.

Kesan kepada tubuh badan kita akibat kegagalan mengurus stress

~imej from Google~
~imej from Google~
Ok, sekarang jom baca antara tips untuk menangani stress dengan bijak.
  1. Solat dan zikir - Akan mendekatkan kita pada Allah
  2. Terapi Al-Quran
  3. Aroma Lavender - Tahu atau tidak, selain dari baunya yang harum, lavender juga mempunyai banyak manfaat lain. Mengikut salah satu kajian di Jepun, bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relax dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.
  4. Berehat atau relax seketika - Hanya 1 minit senaman ringkas seperti berlari setempat juga mampu meningkatkan tenaga serta melawan stress. Hal ini kerana segala anggota badan digerakkan dan ia dapat melancarkan peredaran darah seluruh badan dan perkara ini dapat membuatkan minda kita terasa lebih segar.
  5. Lakukan senaman
  6. Menerima hakikat kemampuan diri - Sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha yang terbaik. Namun adakalanya kita gagal melakukannya dengan sempurna dan ini akan membuatkan kita stress. Maka, jangkaan pada diri sendiri dan terhadap orang lain harus realistik kerana tiada yang sempurna melainkan Allah.
  7. Kemaskan persekitaran (sama ada di rumah atau tempat kerja)
  8. Kurangkan keadaan tergesa-gesa
  9. Bersabar
  10. Terapi muzik
  11. Lepaskan bebanan Jangan salah sangka tau! Normal bagi wanita ungtuk menangis jika terlalu tertekan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji biokimia, hampir 85% wanita mengatakan dengan menangis akan membuatkan mereka merasa lebih baik dan lega. Jadi wanita sekalian, jangan lagi tahan air mata anda. Wanita bukannya lemah dengan air mata, malah menjadi lebih kuat.
~imej from Google~
Selain dari tips di atas, anda juga memerlukan vitamin B-Complex. Hmm bagaimana ye vitamin b-complex ini boleh membantu?

  • Vitamin B1~Menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pra-matang.
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin di dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  • Vitamin B9~Bersama-sama dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan.
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi, tidak tenteram.
B-Complex pilihan saya
.
.
.
.
.
.

Yang sebenarnya stress bukanlah sesuatu yang perlu dilenyapkan dan dihapuskan dalam kehidupan kita. Tetapi perlu ditangani dan diurus dengan cara bijak dan betul. Jadi, ubahlah fikiran dan kawal stress. Jadikan ia cabaran untuk memperbaiki diri menjadi lebih positif.

Semoga perkongsian ini berguna buat anda semua.

Salam ukhuwah dari Ros

Rosmiyawati Anwar Shaklee Independent Distributor
[ID No : 880781]
017-4792854| rosmiyawati@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Assalamualikum ros...

banyak yg saya pelajari dari entry ros pasal stress ni...good sharing

~rosmiyawati~ said...

Waalaikumussalam.

Firstly, thanks ye sudi singgah blog Ros. Actually, Ros pun just sharing dari pembacaan. Semoga ada manfaat bersama.

Designed by UMIESUEstudio 2014