Saturday 8 November 2014

PENYAKIT GOUT - TANDA, RAWATAN DAN PENCEGAHANNYA

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.

Apa itu gout?
Imej from google
Gout adalah sejenis penyakit akibat asid urik berlebihan di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Imej from Google

Imej from Google
Bagaimana serangan gout berlaku?

Gout berlaku akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Kristal yang mendap ini lama-kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi yang teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain. Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah.

Jenis-jenis gout

Boleh dibahagikan kepada empat peringkat.
  1. Asimptomatik (tiada simptom).
  2. Akut - simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba, biasanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
  3. Interkritikal.
  4. Kronik - serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Mungkin ada juga yang menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Tanda-tanda gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan amat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Siapa yang berisiko mendapat gout?
Imej from Google
  1. Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90%.
  2. Individu yang banyak minum minuman keras.
  3. Individu yang mempunyai berat badan melebihi 66kg daripada berat badan normal.
  4. Individu yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetis dan paras lemak dan kolesterol yang tinggi.
  5. Genetik keluarga yang mempunyai masalah gout.
  6. Gout biasanya menyerang pesakit tua namun kini banyak kes membabitkan individu berumur 30-50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakkannya menghidap gout selepas putus haid.
Pemakanan pesakit gout

Elakkan makan
  • Organ dalaman - paru, hati, ginjal, otak dll
  • Ikan bilis, ikan kembung dan ikan sardin
  • Daging cincang
  • Makanan bercengkerang spt ketam, kerang
Kurangkan makan
  • Asparagus, bayam, cendawan dan bunga kobis
  • Poultry
  • Kekacang (peanuts, beans and peas)
  • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan untuk pesakit gout (supplement cadangan dari Shaklee)


Set Cadangan Untuk Masalah Gout
Alfalfa Shaklee - membantu sebagai agen detoks secara semula jadi untuk menyingkirkan toksik dari badan kita.

Omega Guard Shaklee - mengandungi Omega 6 dapat membantu mengurangkan keradangan yang terjadi di kawasan sendi.


Harga untuk set ini hanyalah RM 189.75.

Hubungi Ros segera untuk mendapatkan harga istimewa
Shaklee Independent Distributor 880781
017-4792854

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014