Monday 17 November 2014

SIKAP INDIVIDU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Hari ni nak cerita sikit tentang sikap. Apa itu sikap? Sikap itu Tabiat. Setuju tak?
Setiap orang di muka bumi Allah ni mempunyai tabiat masing-masing. Tabiat itu lah yang menentukan ciri-ciri keunikan seseorang. Mengikut pengertian yang diberi oleh Kamus Dewan Online, tabiat tu adalah ~ Sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti atau watak. Tabiat juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan atau tingkah laku.~

Ok, sebenarnya apa relevan topik kat atas dengan cerita yang Ros nak kongsikan ye?

Korang pernah tak terserempak dengan orang yang suka meludah di merata-rata tempat? Pastu jenis yang tak berapa nak sensitif dengan orang sekeliling lak tu. Ape perasaan korang time nmpk dia buat kelaku camtu? Hmm agak2 mcm nak tegur tapi nanti dimarahi pulak kan.

Actually Ros agak kurang setuju dengan sikap mereka tu. Ye la, at least hormat dengan keadaan persekitaran atau orang yang ada berhampiran mereka. Bayangkan kalau yang buat tu orang lain, ape perasaan kita? Tentunya rasa geli dan rasa nak marah kan.

Macam kisah Ros pagi tadi, ada sorang mamat ni, tengah2 Ros jalan belakang dia tiba2 dia berhenti dan meludah. Meludah lak tu di tepi pintu nak masuk lif. Ya Allah time tu Ros rasa mcm agak kurang bersopan mamat ni. Cumanya Ros tak la marah kat dia. Ros terfikir satu je, ini mmg dah menjadi tabiat kot. So bila dah menjadi tabiat, perkara tu jadi normal bagi seseorang.

Apabila sesuatu sikap itu sudah menjadi tabiat kita, maka ia akan melekat dalam diri kita sehinggalah ia mungkin akan menjadi identiti diri kita sendiri. Misalnya tabiat suka berbohong, tidak jujur, tidak amanah, keras kepala dan merasakan diri sentiasa betul serta lain-lain sikap yang negatif. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu mempunyai sikap yang jujur, amanah, sentiasa berfikiran positif dan lain-lain sikap positif yang lain, ia akan menentukan kejayaan seseorang individu tersebut.

Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk mengubah tabiat yang negatif kepada tabiat yang positif demi agama kita. Kerana telah kita lihat kehancuran tamadun Islam itu bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat.  Dan kejayaan tamadun Islam itu juga bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat juga. Tidak salah mempunyai sikap yang negatif, kerana manusia memang dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi jangan biarkan ia melekat dalam diri kita dalam bentuk tabiat sehingga menjadi identiti diri kita. Bahkan, jangan biarkan tabiat itu menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan.

Semoga kita sama-sama dibantu dan dipermudahkan-Nya dalam urusan untuk menjadikan sikap yang positif sebagai tabiat kita. Aamiin~

So, let's start your Monday morning with smile.

Salam Sayang
Salam Ukhuwah
Ros

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014