Monday 10 November 2014

Kawan, Sahabat ~ Kehadiran mereka membahagiakan. Hargai mereka selagi ada. ~

Assalamualaikum dan Salam Sayang buat semua.

Sahabat? Kawan? Samakah ertinya? Sefaham kita, ada sedikit perbezaan antara sahabat dan kawan. Pelbagai tafsiran oleh seseorang tentang makna sahabat dan kawan. Apapun tafsiran korang tentang sahabat dan kawan tu tak kisah la. Janji kita mempunyai mereka dalam kehidupan kita.

Bagi aku, kawan senang dicari dan bilangannya ramai. Namun sahabat, sukar ditemui dan kalau dah jumpa tu, dia memang istimewa. Kehadiran mereka dalam kehidupan aku cukup membuatkan aku bahagia. Terima kasih semua kawan-kawan yang hadir dalam kehidupan Ros selama ini. Sayang korang ketat2. Hehe...

Hmm tetiba bercerita tntg persahabatan ni nape ye? Sebenarnya tak de hari ape yang istimewa cuma tetiba terdetik untuk menulis tentang ni. Ramai kan kwn2 kita sejak dari tadika sehingga kita bekerja. Ada bermacam ragam dan perangai kawan2 kita ni. Walau apapun kita perlu menerima kebaikan dan keburukan mereka kerana menerima seadanya siapa pun mereka penting untuk mengekalkan hubungan persahabatan.

Bagi aku, siapa pun mereka aku terima. Kerana aku juga tidak begitu sempurna untuk menjadi kawan mereka. Aku sayang akan setiap persahabatan yang terjalin. Tambahan pula sekarang ni, banyak cara untuk menghubungi semula rakan2 yang sudah terpisah lama. Melalui facebook, whatsapp dan macam2 lagi.

Ikutkan whatsapp aku, banyak sangat group yang terdiri dari kawan2 sekolah rendah hingga aku bekerja sekarang. Seronok sangat boleh jumpa kawan2 lama walaupun adakalanya muka pun masing2 dah berubah dan ambik masa nk recall balik. Tapi aku ni jenis yang tak banyak sangat perubahan, ye la kwn2 sekolah rendah dan menengah kebanyakannya cam je aku. Alhamdulillah mereka masih ingat kat aku...tapi mungkin sebab kenakalan aku jugak kot masa sekolah dulu. Hehe...

Ni list sekolah yang pernah aku attend. Start from tadika hingga sekolah menengah.
  1. Tadika Kemas - Kampung Ulu Kenderung, Grik, Perak
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Mahkota Sari - Grik, Perak (Darjah 1 - 6)
  3. Madrasah Taufikiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya) - Padang Lumat, Gurun, Kedah (Form 1 - Form 3)
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Lela Pahlawan - Padang Serai, Kedah (Form 4 - Form 5)
Tapi masa tadika kemas tu, may be aku tak ingat kot sape kwn2 aku. Ye la..kecik lagi time tu. Kalau ingat pun may be sekolah rendah sama ngan aku. Hehe...Masa aku Form 1 - Form 3, aku duk kat asrama. Memang pada mulanya kurang best sbb aku ni tak biasa duk asrama. Mulanya 'homesick' tapi lama2 bila dah jumpa kwn2, rasa cam best lak. Tu la kita kalau dh kenal ngn kawan, benda yang tak syok pun jadi syok...

Korang pernah gaduh tak ngan kawan2 sekolah? Baik sekolah rendah mahupun menengah. Hehe..baik ngaku cepat..Aku? Of course pernah gaduh. Kadang2 sampai 3 hari tak bertegur sapa. Hmm pelik kan..Walhal bukan sebab apa pun..sikit2 je..Tapi aku tak pernah la gaduh sebab berebut boyfriend ye. Aku mana la ada orang nak, muka masa sekolah rendah comot je. Sekolah menengah lak dah masuk pun lmbt, so semua lelaki dah ada pasangannya. Haha...Gaduh ngan kawan2 ni benda biasa la kan. Tak la sampai nak maki hamun atau bertumbuk. Just tak tegur je. Tapi seingat aku, masa aku sekolah Form 1 - Form 3 aku tak pernah la gaduh, sebab aku rasa diorang ni dah mcm adik beradik je. So kalau nak gaduh pun tak boleh lama, sbb kalau aku gaduh ngan diorang, sape yang aku nk kawan. Hehe...Masa aku Form 4 - Form 5, aku berulang je dari umah aku. Ye la sekolah dekat je. P sekolah pun jalan kaki ngan kawan aku dkt umah, Zura dan Yana. Kadang2 aku p ngan Zura je sbb Yana selalu p awai. Kalau hujan lak, abah aku atau abah Zura akan hntr kami. Dah mmg cam adik beradik lak kami tiga orang.

Alhamdulillah sehingga sekarang, kami masih berhubung antara satu sama lain. Walaupun kami ni tak selalu jumpa, tapi masih lagi berhubung. Inshaallah semoga Allah kekalkan hubungan persahabatan antara kami hingga hujung nyawa.

Eh..mana2 kawan2 aku yang baca post ni, aku mintak maaf la ye kalau ada yang terasa aku tak mention nama korang. Bukan sbb aku lupa atau tak sayang kat korang tapi aku lebih banyak menghabiskan masa dengan mereka berdua. Sama ada masa aku kat sekolah menengah, masa kat U, masa nak kahwin atau masa diorang kahwin kami selalu bersama. Tapi masa kat U je kami terpisah kejap, ye la Yana kat UPM, Zura kat UMS dan aku kat UKM.

Untuk semua kawan2 aku yang aku tak mention nama kat sini, aku nk korang tahu satu benda je, yang aku mmg sayang korang sampai bila2. Korang tetap berkawan lagi ngan aku walaupun aku kadang2 pernah gak buat hal ngan korang ye. Terimalah aku seadanya kerana aku bukanlah sempurna. Terima kasih kerana korang hadir dalam hidup aku selama ini. Bagi yang baru nak berkawan dengan aku, terima kasih diucapkan.


Sedih untuk aku kongsikan kisah sedih aku yang mana aku telah kehilangan seorang sahabat masa kat UKM. Kehilangan dia tak dikhabarkan kepadaku. Al-fatihah buat sahabat aku yang aku panggil Yana Sarawak. Dia orang yang pertama aku jumpa masa kat UKM. Aku satu bilik ngan arwah dan sorang lagi kwn, Ila namanya. Kami berlainan bidang. Aku tahu arwah meninggal masa aku nak balik kampung. Arwah keje kat Universiti Teknologi Petronas dan aku ternampak signboard Universiti Teknologi Petronas masa on d way nak blik kampung. Tetiba aku msg dia untuk bertanya khabar. Sebenarnya silap aku jugak, lama tak msg dia tanya khabar. Aku msg dia untuk jemput dia ke majlis perkahwinan aku. Namun msg sepi tidak berbalas. Aku assume, dia dah tido..ye la sbbnya time tu dah menghampiri kul 1 pagi. Esoknya pagi2 aku dapat satu msg dari nombor arwah. Family arwah jawab soalan aku. Dia gtau yang arwah dah seminggu tak de. Time aku terima sms tu, sebak rasa dada ni. Adakah ini satu gurauan atau betul? Aku kol dan mmg betul, arwah dah tak de. Time arwah pergi, family dia tak sempat nak inform sesiapa melainkan majikan tempat arwah bekerja, iaitu UTP. Kebanyakan rakan2 universiti tak tahu tentang pemergian arwah. Cukup untuk aku katakan di sini, arwah memang seorang yang baik hati. Perwatakan dia yang lemah lembut tu selalu terbayang2 di ruang mata aku sehingga kini. Semoga engkau tenang di sana sahabatku.

Pengajaran dari kisah sedih aku, jangan langsung tak menghubungi kwn2 kita. Kalau boleh seminggu sekali atau sebulan sekali tu, tanya lah khabar kwn2 korang sama ada kat Facebook atau whatsapp. Bila diorang dah tak de, korang akan rasa kehilangan walaupun kita tak rapat mana dengan mereka. Kerana kehadiran mereka perlu dihargai dan kehilangan mereka amat dirasai.

Imej from Google
Salam sayang buat semua.
 
Hargai sahabat anda sekarang.
 
Ros
^-^

2 comments:

Mami Naufal said...

KakRos..

Sedihnya baca..betulla..kadang2 kita rasa takpe kalau x contact kwn2 kita kan..sbnrnya a simple sms pun mampu buat hari dia ceria..

Thanks for the reminder..

~rosmiyawati~ said...

Betul tu Nadia. Sejak dari kehilangan kwn Kak Ros tu, Kak Ros sentiasa ingatkan diri sendiri untuk bertanyakan khabar kwn2 lama.

Designed by UMIESUEstudio 2014